:: banner ::

Wednesday, April 27

:: ciri GADIS MELAYU menurut ISLAM ::

Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami, sabar pada kesusahan, tidak pernah menolak jima', tidak menyakiti atau memarahi suami, rindukan persetubuhan, keturunan yang baik, ada harta, cantik, taat kepada agama, , menjaga kehormatan dan harta suami, datang bila suami memanggil, bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya.


Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin  mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui. Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari cir-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal. Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras, maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti.

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal, ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah, iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini. Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik. Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik, beragama, dari keturunan yang baik, dan sesuai dari segi status, iaitu mengikut saranan Islam. Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan. Ciri tambahan yang diperlukan bila menimbangkan adat Melayu ialah gadis itu sopan dan hormatkan mertua, pandai memasak, pandai menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dan tidak terlalu cerewet. Bila gadis itu beragama dengan sendirinya ciri-ciri budi pekerti mulia yang digariskan oleh orang Melayu di atas tadi ada padanya atau mudah untuk ditanamkan pada dirinya.



wanita paling mudah untuk masuk syurga...,dan paling mudah juga untuk masuk neraka....
antara dua jalan...,yang mana satu pilihan kita wahai wanita???
p/s---> ingatan untuk diri sendiri juga....

No comments:

Post a Comment